Advertise

Monday, March 17, 2014

Sempat SMS suami sebelum disamun dan diculik

0 comments

MELAKA - Seorang lelaki terkejut menerima mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya yang memaklumkan dia disamun dan diculik di hadapan sebuah bank dekat Malim di sini, petang kelmarin.

Selepas menerima SMS tersebut, lelaki itu lantas bergegas ke tempat kejadian namun hanya kereta Proton Iswara Aeroback sahaja yang ditemui di tempat letak kereta tetapi isteri tiada di situ.

Menurut sumber, SMS itu menyatakan dia telah diragut dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta, sebelum dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

“Suami mangsa yang bekerja di Sungai Rambai, Jasin balik ke rumah mereka di Durian Tunggal, Alor Gajah selepas membaca SMS yang diterima kira-kira jam 3.30 petang.

“Melihat isterinya tiada, dia terus ke Malim sebelum menemui kereta isterinya di tempat letak kereta di hadapan sebuah bank,” kata sumber itu.

Sumber berkata, lelaki tersebut memerika kereta itu dan menemui beg tangan dan kunci kereta.

Dia kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Malim, kira-kira jam 9.15 malam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian.

“Kita siasat kes ini di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang. Setakat ini belum ada apa-apa maklumat yang boleh didedahkan.

"Namun, polis akan siasat dengan teliti sebarang kemungkinan lain sama ada benar-benar disamun atau diculik, atau apa jua sekalipun yang berlaku,” katanya. - Sinar Harian

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |