Advertise

Monday, April 28, 2014

Penumpang ditangkap ramas buah dada wanita sedang tidur

0 comments

LONDON: Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.

Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain.

Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek.

Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta.

Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu.

Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya.

Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat.

Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.

Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.

British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. - mStar Online

Read more...

Feri karam: Presiden Korea Selatan letak jawatan

0 comments

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletakkan jawatan pada Ahad berikutan insiden feri penumpang karam yang mengakibatkan kematian atau kehilangan lebih 300 orang.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan tidak dapat bertindak balas dengan baik selepas kejadian itu," katanya. 

"Saya percaya saya, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu terpaksa mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan."

Kerajaan, bersama-sama dengan hampir semua cawangan rasmi lain berhadapan dengan kritikan hebat berhubung kejadian itu dan pengendalian operasi menyelamat. 

"Saya ingin meletakkan jawatan sebelum ini tetapi mengatasi keadaan ini adalah keutamaan pertama dan saya fikir ia merupakan tindakan yang bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan jawatan.

"Tetapi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekarang untuk tidak memberi beban kepada pentadbiran," katanya. - AFP
Read more...
Sunday, April 27, 2014

Harry Styles One Direction sapu tahi burung di muka untuk hilangkan jerawat

0 comments

AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha.

Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya.

Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.

Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul.

Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera.

Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. - mStar Online
Read more...

Jennifer Lawrence tunjuk isyarat lucah kepada Paparazi

0 comments

MENGENALI aktres jelita Jennifer Lawrence, wanita itu bukan seorang yang mudah melenting dalam sesuatu perkara.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, dia berang apabila  diekori beberapa orang paparazi ketika sedang bersama kekasihnya, Nicholas Hoult di London.

Menurut laporan E! Online, Jennifer berasa terganggu dengan paparazi yang mendekati mereka di mana ketika itu mereka baru saja menikmati makan malam bersama.

Kerana marah, aktres berusia 23 tahun itu menunjukkan isyarat lucah dan tampak begitu marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, Nicholas dilihat seperti sedang menenangkan kekasihnya itu. - mStar Online


Read more...
 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |