Advertise

Monday, April 28, 2014

Penumpang ditangkap ramas buah dada wanita sedang tidur

0 comments

LONDON: Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.

Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain.

Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek.

Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta.

Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu.

Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya.

Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat.

Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.

Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.

British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. - mStar Online

Read more...

Feri karam: Presiden Korea Selatan letak jawatan

0 comments

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletakkan jawatan pada Ahad berikutan insiden feri penumpang karam yang mengakibatkan kematian atau kehilangan lebih 300 orang.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan tidak dapat bertindak balas dengan baik selepas kejadian itu," katanya. 

"Saya percaya saya, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu terpaksa mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan."

Kerajaan, bersama-sama dengan hampir semua cawangan rasmi lain berhadapan dengan kritikan hebat berhubung kejadian itu dan pengendalian operasi menyelamat. 

"Saya ingin meletakkan jawatan sebelum ini tetapi mengatasi keadaan ini adalah keutamaan pertama dan saya fikir ia merupakan tindakan yang bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan jawatan.

"Tetapi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekarang untuk tidak memberi beban kepada pentadbiran," katanya. - AFP
Read more...
Sunday, April 27, 2014

Harry Styles One Direction sapu tahi burung di muka untuk hilangkan jerawat

0 comments

AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha.

Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya.

Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.

Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul.

Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera.

Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. - mStar Online
Read more...

Jennifer Lawrence tunjuk isyarat lucah kepada Paparazi

0 comments

MENGENALI aktres jelita Jennifer Lawrence, wanita itu bukan seorang yang mudah melenting dalam sesuatu perkara.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, dia berang apabila  diekori beberapa orang paparazi ketika sedang bersama kekasihnya, Nicholas Hoult di London.

Menurut laporan E! Online, Jennifer berasa terganggu dengan paparazi yang mendekati mereka di mana ketika itu mereka baru saja menikmati makan malam bersama.

Kerana marah, aktres berusia 23 tahun itu menunjukkan isyarat lucah dan tampak begitu marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, Nicholas dilihat seperti sedang menenangkan kekasihnya itu. - mStar Online


Read more...
Sunday, March 30, 2014

Keputusan penuh Liga Super Malaysia 29 Mac 2014

0 comments

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada hari Sabtu, 29 Mac 2014. Ini adalah perlawanan liga yang ke enam pada musim 2014.

Lions XII
1 - 1
T-Team
Safuwan 23’
Nelson Marcelo 63’
JDT
1 - 1
Sarawak
Luciano Figueroa 29’
S. Chanturu 16’
Pahang
2 - 0
Perak
Dickson Nwakaeme 10’, Gopinathan 36’
Selangor
2 – 2
PKNS FC
Helmi Remeli 18’ (o.g)
Aminuddin 22’, 73’
Sime Darby
3 – 2
ATM
Arif Ismail 29’, William Mensah 60’, Mahmoud Amna 65’
Bruno Martelotto 10’, Juan Arotegui 55’
Terengganu
1 – 1
Kelantan
Zairo Anuar 36’
Shawky Yazid 16’


Carta Liga Super Malaysia musim 2014


Read more...

Punca kemalangan maut Paul Walker dengan kereta Porsche Carrera GT

0 comments

Kemalangan yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker pada Sabtu lalu terus menjadi bualan peminat pelakon itu dimana rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit.

Pelbagai spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.

Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa.

Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian.

Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk.

Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal.


Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi  jalan.

Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar.

Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. - mysumber.com

Read more...

Khasiat yang terdapat dalam rumpai laut

0 comments

1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).

2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.

4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.

7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.

9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Read more...

Kekayaan Sultan Brunei dianggarkan melebihi AS$20 bilion

0 comments

Raja Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com. Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Read more...

Wanita miliki lidah terpanjang di dunia, 9.7 cm

0 comments

WANITA ini kini memegang rekod lidah paling panjang di dunia. Chanel Tapper, seorang pelajar perempuan berumur 21 tahun itu memiliki lidah sepanjang 9.7 cm, telah dinobatkan dan diiktiraf secara rasmi oleh Guinness sebagai memiliki lidah paling panjang di dunia.

Chanel Tapper dilaporkan suka menjelirkan lidahnya yang panjang. Chanel yang berasal dari Houstan, Amerika Syarikat mula dikenali ketika berumur 13 tahun melalui video YouTube dalam sebuah rakaman dia menjelirkan lidahnya yang panjang itu.

September lalu, Guinness telah menjemput Chanel ke Los Angeles di mana panjang lidahnya telah diukur dan dia berjaya mengalahkan dua lagi peserta lain sekaligus memecahkan rekod dunia. Chanel berkata, dia sukakan lidahnya itu, “saya selalu menjadi tolol dan bodoh. Saya suka menjelirkan lidah keluar di depan orang”.

“Saya mula melakukannya semasa balik dari sekolah. Saya tak pernah alami masaalah dengan lidah yang panjang ini, ianya menyeronokkan”.

Chanel berharap dapat ke Hollywuud selepas tamat belajar nanti. Katanya: “Saya ingin berlakon dalam filem. Saya ini orangnya agak dramatik saya rasa saya ada bakat berlakon”.

“Betul, saya ingin berjumpa dengan Adam Sandler, dia kesukaan saya” tambahnya lagi.


Read more...

David Beckham jual Beckingham Palace dengan harga £12 juta

0 comments

Bintang bolasepak terkenal dunia, David Beckham dan isterinya Victoria dilaporkan telah menjual kediaman mewah mereka yang telah dihuni selama 14 tahun iaitu Beckingham Palace dengan nilai £12 juta. Kediaman mewah mereka yang dibeli pada tahun 1999, iaitu 3 bulan selepas perkahwinan mereka. Pada waktu itu, harga estat yang berkeluasan 12 ekar itu hanya berharga £2.5 juta.

Beckham dilaporkan akan membida sebuah kediaman mewah di tengah bandar London dengan harga £45 juta. Hasil perkahwinan dengan Victoria, Beckham dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn, 14, Romeo, 11 dan Cruz, 8. Sebelum bersara dari sukan bolasepak, Beckham pernah menyarung jersi pasukan Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy.



Read more...

Gadis 11 tahun ditumbuhi bulu seluruh badan (7 gambar)

0 comments

Supatra Sasuphan, 11 tahun yang berasal dari Pranakom, Thailand selalu diejek oleh rakan-rakannya dengan panggilan ‘monkey face’ dan ‘wolf girl’ kerana mempunyai bulu penuh pada mukanya. Tetapi gadis ini tetap tabah dalam mengharungi segala cabaran dalam hidupnya. Supatra menghidap sindrom ambras sehingga menjadikan mukanya dipenuhi dengan bulu.






Read more...

Perkataan terpanjang di dunia – 189,819 huruf

0 comments

Tahukah anda, perkataaan paling panjang di dunia mempunyai sebanyak 189,819 huruf! Percaya atau tidak, perkataan itu ialah nama kimia bagi sejenis protein yang juga dipanggil sebagai ‘titin’. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyebut perkataan ni? Sebuah video yang diupload di youtube menayangkan seorang lelaki mengambil masa lebih 3 jam untuk menyebut keseluruhan 189,819 huruf bagi perkataan ini.

Berikut adalah perkataan yang dimaksudkan:

Methionylthreonylthreonylglutaminylarginyltyrosylglutamylserylleucylphenylalanylalanylglutaminylleucyllysylglutamylarginyllysylglutamylglycylalanylphenylalanylvalylprolylphenylalanylvalylthreonylleucylglycylaspartylprolylglycylisoleucylglutamylglutaminylserylleucyllysylisoleucylaspartylthreonylleucylisoleucylglutamylalanylglycylalanylaspartylalanylleucylglutamylleucylglycylisoleucylprolylphenylalanylserylaspartylprolylleucylalanylaspartylglycylprolylthreonylisoleucylglutaminylasparaginylalanylthreonylleucylarginylalanylphenylalanylalanylalanylglycylvalylthreonylprolylalanylglutaminylcysteinylphenylalanylglutamylmethionylleucylalanylleucylisoleucylarginylglutaminyllysylhistidylprolylthreonylisoleucylprolylisoleucylglycylleucylleucylmethionyltyrosylalanylasparaginylleucylvalylphenylalanylasparaginyllysylglycylisoleucylaspartylglutamylphenylalanyltyrosylalanylglutaminylcysteinylglutamyllysylvalylglycylvalylaspartylserylvalylleucylvalylalanylaspartylvalylprolylvalylglutaminylglutamylserylalanylprolylphenylalanylarginylglutaminylalanylalanylleucylarginylhistidylasparaginylvalylalanylprolylisoleucylphenylalanylisoleucylcysteinylprolylprolylaspartylalanylaspartylaspartylaspartylleucylleucylarginylglutaminylisoleucylalanylseryltyrosylglycylarginylglycyltyrosylthreonyltyrosylleucylleucylserylarginylalanylglycylvalylthreonylglycylalanylglutamylasparaginylarginylalanylalanylleucylprolylleucylasparaginylhistidylleucylvalylalanyllysylleucyllysylglutamyltyrosylasparaginylalanylalanylp rolylprolylleucylglutaminylglycylphenylalanylglycy ……bersambung…KLIK SINI

Read more...

3 nama tempat yang terpanjang di dunia

0 comments
Tahukah anda, terdapat 3 nama tempat terpanjang dalam dunia ni. Sudah pasti berbelit lidah kita nak menyebut nama tersebut.


1. Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (85 huruf)

“Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu” merupakan nama bagi sebuah bukit di New Zealand yang ditulis dalam bahasa Maori.


2. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf)

“Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch” adalah nama bagi sebuah pekan di Anglesey, iaitu sebuah pulau di Wales.


3. Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf)

“Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg” ialah nama yang diberi kepada sebuah tasik di Webster, Massachusetts, US.
Read more...

Kos membuat sebuah kereta Formula 1 lebih RM20 juta

0 comments

Sebagaimana yang kita tahu, Formula 1 merupakan satu sukan yang paling mahal di dunia. Setiap tahun, beratus juta dollar dikeluarkan oleh setiap pasukan untuk menampung segala perbelanjaan dan kos penyelenggaraan. Percaya atau tidak, sebuah stering Formula 1 mungkin lebih mahal dari kereta yang anda guna sekarang. 

Sebuah laman web iaitu Netcars Motoring Blog menganggarkan kos untuk membuat sebuah kereta Formula 1 adalah lebih US$7 juta (RM21 juta). McLaren, Ferrari, Red Bull dan Mercedes merupakan antara pasukan yang membelanjakan lebih US$200 juta setahun untuk sukan Formula 1. Dalam gambar dibawah, anda dapat lihat dengan lebih terperinci kos yang diperlukan untuk setiap bahagian pada sebuah kereta Formula 1.



Read more...

17 fakta menarik tentang supercar Bugatti Veyron

0 comments

Kereta supercar Bugatti Veyron merupakan kereta mass pro yang paling laju di dunia. Berikut adalah 17 fakta menarik sebagai informasi anda berkenaan Bugatti Veyron:

1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 – 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung.

Read more...
Saturday, March 29, 2014

Lamborghini Veneno 2013 bernilai lebih $4 juta (15 gambar)

0 comments

Pengeluar kereta supercar dari Itali, Lamborghini mencatat ulangtahun yang ke-50 pada 4 Mac 2013 yang lepas. Dalam pada itu, Lamborghini telah mengeluarkan 3 buah model keluaran terbaru yang diberi nama Lamborghini Veneno yang bernilai hampir 4 juta USD sebuah. Seperti biasa, model keluaran Lamborghini mempunyai 2 tempat duduk. Veneno dijana dengan enjin 6.5 liter 12 silinder yang mampu menghasilkan maksimum 750 hp serta 7 kelajuan manual. Veneno mampu mencatat kelajuan sehingga 100 km/h hanya dalam masa 2.8 saat sahaja.















Read more...

Pesawat B-2 yang bernilai 2.4 billion USD (14 gambar)

0 comments

The $2.4 billion fighter jet aircraft, B-2 bomber was so costly that Congress cut its initial 1987 purchase order from 132 to 21. (A 2008 crash leaves the current number at 20.) The B-2 is hard to detect via infrared, acoustic, electromagnetic, visual or radar signals. This stealth capability makes it able to attack enemy targets with less fear of retaliation. In use since 1993, the B-2 has been deployed to both Iraq and Afghanistan.














Read more...
 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |