Advertise

Sunday, March 30, 2014

David Beckham jual Beckingham Palace dengan harga £12 juta

0 comments

Bintang bolasepak terkenal dunia, David Beckham dan isterinya Victoria dilaporkan telah menjual kediaman mewah mereka yang telah dihuni selama 14 tahun iaitu Beckingham Palace dengan nilai £12 juta. Kediaman mewah mereka yang dibeli pada tahun 1999, iaitu 3 bulan selepas perkahwinan mereka. Pada waktu itu, harga estat yang berkeluasan 12 ekar itu hanya berharga £2.5 juta.

Beckham dilaporkan akan membida sebuah kediaman mewah di tengah bandar London dengan harga £45 juta. Hasil perkahwinan dengan Victoria, Beckham dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn, 14, Romeo, 11 dan Cruz, 8. Sebelum bersara dari sukan bolasepak, Beckham pernah menyarung jersi pasukan Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy.



Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |