Advertise

Monday, March 17, 2014

Liverpool menang selesa 3-0 di Old Trafford

0 comments

STEVEN Gerrard menyempurnakan dua sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Manchester United di Old Trafford, sebentar tadi.

Penalti pertama dihadiahkan pada minit ke-33 apabila bola terkena tangan Rafael.

Liverpool sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti sujurus selepas bermulanya babak kedua apabila Phil Jones mengasari Joe Allen.

Gerrard berpeluang menambahkan jaringan ketiga menerusi sepakan penalti selepas kapten United Nemanja Vidic dilayar kad kuning kedua kerana mengasari Daniel Sturridge tetapi cubaannya terkena palang.

Kemenangangan Liverpool dipastikan apabila Luis Suarez menyumbangkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-84.

Kemenangan ini merupakan yang pertama bagi Liverpool di Old Trafford sejak lima tahun.

Liverpool kini berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris dan empat mata di belakang Chelsea.

United pula ketinggalan di tempat ketujuh dengan 48 mata dan 11 mata di belakang Arsenal di tempat keempat. - Agensi

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |