Advertise

Monday, March 17, 2014

Hubungan cinta Soo Young dan Jung Kyung Ho

0 comments

HUBUNGAN cinta anggota kumpulan Girls Generation iaitu Soo Young dan pelakon Jung Kyung Ho bukan lagi suatu rahsia apabila mereke mengakui perkara itu pada Januari lalu.

Bagaimanapun portal Soompi melaporkan Soo Young belum bersedia untuk bercakap lanjut mengenai hubungan mereka itu kepada umum biarpun telah mengesahkan perkara tersebut.

Ini terbukti apabila dia enggan mengulas apabila ditanya oleh penyampai radio MBC FM4U, Park Kyung Lim ketika diwawancara bersama anggota lain baru-baru ini.

Park turut memberi amaran akan bertanya soalan yang sukar kepada mereka namun boleh memilih untuk tidak menjawab dengan menyanyikan lagu kegemaran mereka.

Dalam temubual itu, Soo Young mengakui berterus terang mengenai hubungannya dengan Kyung Ho bukan sesuatu perkara yang betul dilakukan.

Bagaimanapun Soo Young enggan menjawab soalan lain yang diajukan kepadanya pada temubual itu.

Girls Generation kini sedang mempromosikan album keempat mereka yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. - mStar Online

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |