Advertise

Monday, March 17, 2014

Mary-Kate Olsen sudah bertunang dengan Oliver Sarkozy

0 comments

AKTRES Mary-Kate Olsen yang popular menerusi lakonan-lakonan filem ketika di zaman kanak-kanak nampaknya kini sudah dewasa.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem Winning London sudah pun rasmi bertunang dengan kekasihnya Oliver Sarkozy.

"Kedua-dua mereka masih belum membuat sebarang kenyataan lagi. Namun jika mereka berkahwin, ini merupakan perkahwinan pertama buat Kate dan kedua buat Oliver," kata sumber.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2012. Oliver merupakan anak saudara bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan pernah berkahwin dengan Charlotte Bernard.

Pada awalnya, hubungan cinta mereka menjadi kontroversi memandangkan Kate, 27, jauh lebih muda berbanding Oliver yang berusia 44 tahun.

Namun Kate yakin Oliver mampu menjadi suami dan bapa yang baik. - mStar Online


Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |