Advertise

Monday, March 17, 2014

Murid cedera di kepala akibat digigit ular sawa

0 comments

Port Dickson: Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini, cedera di bahagian kepala akibat dipercayai digigit seekor ular sawa berukuran setengah meter panjang, jam 2.17 petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Muhammad Hafiy Arsyad hairul Nizam, 8, berada di kawasan semak di hadapan kawasan sekolah itu.

Ular itu turun dari pokok dan mematuk kepala mangsa yang sedang menunggu van sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, sebaik menerima maklumat sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, ketika sampai pihaknya mendapati mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HP) oleh orang awam.

"Ular berkenaan berjaya ditangkap dan dilepaskan ke kawasan jauh dari petempatan penduduk," katanya ketika dihubungi di sini. - Harian Metro

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |