Advertise

Sunday, March 30, 2014

Punca kemalangan maut Paul Walker dengan kereta Porsche Carrera GT

0 comments

Kemalangan yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker pada Sabtu lalu terus menjadi bualan peminat pelakon itu dimana rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit.

Pelbagai spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.

Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa.

Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian.

Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk.

Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal.


Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi  jalan.

Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar.

Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. - mysumber.com

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |