Advertise

Monday, March 17, 2014

Pelakon popular Korea Rain berlakon filem China

0 comments

PELAKON Korea popular iaitu Rain telah memberi persetujuan bahawa dia bakal terlibat dalam sebuah filem negara China berjudul Hong Yan Lu Shui.

Menurut laporan portal Soompi, ini merupakan penglibatan pertama Rain dalam industri perfileman China dan menerusi filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai pelukis dan waris kepada satu perniagaan besar di Asia Timur.

"Rain akan bergandingan dengan aktres Liu Yi Fei dan mereka merupakan pasangan bercinta dalam filem tersebut," kata sumber.

Penggambaran filem arahan Gao Xixi akan bermula pada pertengahan bulan ini.

Terdahulu, Rain baharu saja selesai dengan penggambaran filem Hollywood berjudul The Prince. - mStar Online

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |