Advertise

Monday, March 17, 2014

2000 tunjuk perasaan protes Piala Dunia Fifa 2014

0 comments

SAN PAULO - BRAZIL. Lebih 2,000 penunjuk perasaan memenuhi sepanjang jalan di ibu negara Brazil sebagai membantah penganjuran Piala Dunia Fifa yang akan berlangsung Jun ini.

Pemimpin pelajar Said Camilo Martins berkata, demonstrasi kali ketiga ini diteruskan kerana rakyat masih kecewa dengan kos penganjuran acara itu.

“Kerajaan melakukan pembaziran kerana menghabiskan jutaan dolar yang sepatutnya dilaburkan dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan, pendidikan dan sistem pengangkutan awam,” katanya menurut laporan AP.

Menurutnya, rakyat sudah hilang sabar dengan tindakan kerajaan yang selama ini menindas rakyat dan amalan rasuah terus meningkat di kalangan segelintir pemimpin.

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |