Advertise

Monday, March 17, 2014

Punca terjadi kanser payudara dan langkah pencegahan

0 comments

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Punca berlakunya kanser payudara

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
- Usia meningkat
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
- Langkah pencegahan dari terkena kanser payudara

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan. Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara.

Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seseorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |