Advertise

Monday, March 17, 2014

Polis India guna aplikasi Whatsapp kesan budak hilang

0 comments

BAREILLY - INDIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya ditemui selepas dikesan oleh orang awam yang menerima pesanan WhatsApp yang dihantar oleh pihak polis.

Polid dari Bareilly berkata, pihaknya menggunakan khidmat pesanan segera itu untuk menyebarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengguna telefon pintas di sekitar kawasan itu.

Seorang lelaki dalam sebuah tren yang menerima pesanan itu mengenali kanak-kanak lelaki yang duduk berdekatan dengannya dan terus menghubungi polis.

India mempunyai 900 juta pengguna telefon pintar dan penggunaan WhatsApp cukup meluas.

“Kami menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan berita tentang kanak-kanak lelaki itu. Kami buat pamplet dan tampal di sekitar kawasan Bereilly.

“Kami juga memuat naik poster digital di WhatsApp dan menghantarnya sebagai pesanan berantai. Secara kebetulan pesanan itu sampai ke tangan orang yang tepat,” kata pegawai polis SP Singh.

Bapa kanak-kanak itu, Paramjit Singh berkata, anak lelakinya itu keluar rumah kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan Ahad lalu dengan menaiki basikal tetapi tidak pulang ke rumah sejak itu.

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |