Advertise

Monday, March 17, 2014

Lukisan dinding dihasilkan guna aising kek

0 comments

ARTIS dari Montreal ini menggunakan aising yang biasanya dijadikan hiasan pada permukaan kek untuk menghasilkan lukisan mural pada tembok jalanan.

Shelley Miller mendedahkan campuran gula, mentega dan putih telur itu dijadikan sebagai bahan utama hasil seninya selepas beliau mendapat inspirasi daripada rekaan kaligrafi dan seni menghias kek.

Menurutnya kepada DailyMail, tujuan asal beliau adalah untuk membuat perbandingan antara reka bentuk yang rumit dengan dinding usang.

Bagaimanapun, Miller terpaksa berhadapan risiko 'kehilangan' semua lukisannya dalam tempoh singkat kerana aising terbabit mudah mencair, namun ia bergantung kepada faktor cuaca dan suhu.

Difahamkan, salah satu projek seninya yang digelar Sugar Bomb pernah dipamerkan di Saskatoon, Saskatchewan pada Julai lalu.

"Sugar Bomb adalah lukisan yang mengetengahkan tema  lebih feminin selain menggunakan beberapa bahan utama seperti beg paip mengandungi aising dengan warna terang.

Miller turut berkongsi hasil seninya yang pernah dipamerkan di Brazil, Australia dan India menerusi Twitter dan Facebook.


Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |