Advertise

Thursday, March 13, 2014

Budak 2 tahun maut didera kerana tak pandai ke tandas

0 comments

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut didera teman lelaki ibunya hanya kerana tidak pandai ke tandas.

Kanak-kanak malang itu, Tanilla Warrick Deaves dipukul hingga mati oleh Warren James Ross, 30, di rumah teman wanitanya di Central Coast, New South Wales, Australia.

Menurut polis tempatan, Tanilla dirotan, dihantukkan kepala pada cermin kaca di dalam tandas dan di pintu almari.

“Mangsa dibelasah hingga tidak sedarkan diri lalu diletakkan di dalam kereta sorong selama dua hari hingga dia menemui ajal,” katanya.

Beliau berkata, ibunya Donna Deaves turut didakwa kerana tidak meleraikan perbuatan kejam teman lelakinya itu.

“Ibunya juga sangat kejam kerana tidak mahu memberikan rawatan kecemasan selepas anaknya tidak sedarkan diri,” katanya. Selepas mendengar hujah pertuduhan,

Dipetik Sydney Morning Herald, Mahkamah Sydney mendapati, Donna bersalah kerana bersubahat melakukan pembunuhan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun namun ia dikurangkan kepada sembilan tahun selepas dia bersetuju memberikan keterangan terhadap perbuatan kejam teman lelakinya itu.

Warren pula kekal dengan tuduhan bersalah kerana membunuh kanak-kanak itu namun sepanjang perbicaraan, dia tetap tidak mengaku bersalah dan turut memaki hamun petugas media yang membuat liputan sepanjang perbicaraannya itu. - Sinar Harian

Leave a Reply

 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |