Advertise

Monday, April 28, 2014

Penumpang ditangkap ramas buah dada wanita sedang tidur

0 comments

LONDON: Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.

Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain.

Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek.

Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta.

Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu.

Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu.

Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya.

Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat.

Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.

Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.

British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. - mStar Online

Read more...

Feri karam: Presiden Korea Selatan letak jawatan

0 comments

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletakkan jawatan pada Ahad berikutan insiden feri penumpang karam yang mengakibatkan kematian atau kehilangan lebih 300 orang.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan tidak dapat bertindak balas dengan baik selepas kejadian itu," katanya. 

"Saya percaya saya, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu terpaksa mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan."

Kerajaan, bersama-sama dengan hampir semua cawangan rasmi lain berhadapan dengan kritikan hebat berhubung kejadian itu dan pengendalian operasi menyelamat. 

"Saya ingin meletakkan jawatan sebelum ini tetapi mengatasi keadaan ini adalah keutamaan pertama dan saya fikir ia merupakan tindakan yang bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan jawatan.

"Tetapi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekarang untuk tidak memberi beban kepada pentadbiran," katanya. - AFP
Read more...
Sunday, April 27, 2014

Harry Styles One Direction sapu tahi burung di muka untuk hilangkan jerawat

0 comments

AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha.

Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya.

Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.

Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul.

Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera.

Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. - mStar Online
Read more...

Jennifer Lawrence tunjuk isyarat lucah kepada Paparazi

0 comments

MENGENALI aktres jelita Jennifer Lawrence, wanita itu bukan seorang yang mudah melenting dalam sesuatu perkara.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, dia berang apabila  diekori beberapa orang paparazi ketika sedang bersama kekasihnya, Nicholas Hoult di London.

Menurut laporan E! Online, Jennifer berasa terganggu dengan paparazi yang mendekati mereka di mana ketika itu mereka baru saja menikmati makan malam bersama.

Kerana marah, aktres berusia 23 tahun itu menunjukkan isyarat lucah dan tampak begitu marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, Nicholas dilihat seperti sedang menenangkan kekasihnya itu. - mStar Online


Read more...
Sunday, March 30, 2014

Keputusan penuh Liga Super Malaysia 29 Mac 2014

0 comments

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada hari Sabtu, 29 Mac 2014. Ini adalah perlawanan liga yang ke enam pada musim 2014.

Lions XII
1 - 1
T-Team
Safuwan 23’
Nelson Marcelo 63’
JDT
1 - 1
Sarawak
Luciano Figueroa 29’
S. Chanturu 16’
Pahang
2 - 0
Perak
Dickson Nwakaeme 10’, Gopinathan 36’
Selangor
2 – 2
PKNS FC
Helmi Remeli 18’ (o.g)
Aminuddin 22’, 73’
Sime Darby
3 – 2
ATM
Arif Ismail 29’, William Mensah 60’, Mahmoud Amna 65’
Bruno Martelotto 10’, Juan Arotegui 55’
Terengganu
1 – 1
Kelantan
Zairo Anuar 36’
Shawky Yazid 16’


Carta Liga Super Malaysia musim 2014


Read more...

Punca kemalangan maut Paul Walker dengan kereta Porsche Carrera GT

0 comments

Kemalangan yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker pada Sabtu lalu terus menjadi bualan peminat pelakon itu dimana rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit.

Pelbagai spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.

Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa.

Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian.

Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk.

Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal.


Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi  jalan.

Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar.

Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. - mysumber.com

Read more...

Khasiat yang terdapat dalam rumpai laut

0 comments

1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).

2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.

4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.

7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.

9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Read more...
 
Syok Media Online © 2011. Template by DheTemplate.com & Main Blogger.

Syok Media Online was created on 4th March 2014 | Dashboard |