WELLINGTON - Pengasas laman perkongsian Megaupload, Kim Dotcom mengesahkan dalam perancangan melancarkan pengganti laman webnya yang ditutup itu, dengan perkhidmatan muzik dalam talian pada penghujung tahun ini.
Langkah dibuat Dotcom atau nama sebenarnya, Kim Schmitz, 38, dilihat bertujuan untuk memprovokasi pihak pendakwa dan kumpulan eksekutif hiburan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Dotcom, laman perkongsiannya adalah salah satu laman atas talian
paling popular sebelum pihak pendakwa mengarahkannya ditutup selain
mendakwa Dotcom melakukan kegiatan haram, Januari lalu.
Dotcom yang berasal dari Jerman, mengesahkan dia kini hampir menyiapkan
projek terbarunya iaitu 'New Mega' dan 'Megabox' tetapi enggan
mendedahkan butiran.
Pihak berkuasa AS kini, sedaya upaya
cuba untuk mengekstradisi Dotcom dari New Zealand bagi menghadapi
dakwaan melanggar undang-undang negara. - AP - Sinar Harian
